#satu

Assalamualaikum readers (bagi je salam walaupun takada orang baca, atleast nampak beradab sikit.)

Ternyata jarang sekali aku menarikan jari jemari ku diatas keyboard untuk berada di layar blog ku ini. Agak sepi dunia blog sekarang, malah aku pun turut menyepi. Walhal dulu pantang ada masa lapang ada saja topik untuk diblogkan. Mungkin dek kerana usia yang semakin meningkat, pemilihan topik pun menjadi terhad akibat otak sudah block.

Sepanjang aku menyepi dari dunia blogging, aku banyak mengenali erti kehidupan. Seperti kata-kata seseorang yang telah menjadi sejarah dalam hidup aku, "kau belum kenal dunia, mari aku persembahkan dunia untuk kau." durjana! sungguh jangan kita percaya dengan kata-kata semanis madu, kerana ianya boleh memberikan pahit bak hempedu dalam hidup. btw yang lepas usah lah dikenang-kenang dan jadikan ianya sebagai pengajaran. Tak penting untuk dikongsikan buat semua, cukup untuk dijadikan pengajaran buat diri sendiri.

Alhamdulillah kehidupan sekarang lebih ringan sikit beban perasaan namun bukan beban tanggungan. Tanggungjawab masih perlu dilaksanakan untuk selesaikan mana-mana yang patut. 

Semoga dimurahkan lah rezeki kita semua.
Amin.