Monday, November 19, 2012

keep pray and calm.

cinta itu sungguh misteri, tanpa tahu bila ia dtg, bila ia pergi. sesungguhnya aku yakin dan sangat pasti jodoh dan cinta itu perkara yang penuh misteri bagi aku.


credit: mr. Google

ya Tuhan, sesungguhnya jika ini perasaan ya Kau ciptakan untuk aku kepada dia Kau tambahkan lah perasaan itu setiap hari kerana aku ingin semaikan rasa cinta itu hingga akhir hayat ku.

ya Tuhan, andai benar dia jodoh yang Kau kirimkan untuk ku aku redha.

ya Tuhan, andai benar aku jatuh hati kepadanya, Kau semaikan rasa cinta ku setiap hari.

ya Tuhan, aku tak bisa meluahkan apa yang ku rasa kepada nya kerana ku takut perasaan itu akan berkurang. hanya pada-Mu ku berdoa dan menyatakan bahawa aku telah jatuh hati kepadanya.

ya Tuhan, lindungi lah dia dan berkati lah dia.

ya Tuhan, aku mohon petunjuk dari-Mu agar kami berdua tidak sesat menuju ke jalan yang benar.

ya Tuhan, sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan perasaan ini dan aku berdoa pada-Mu ya Tuhan agar dia juga mendapat perasaan yang sama seperti yang ku rasakan.

Amin.

keep on praying and keep calm.

Monday, October 15, 2012

reflection about the past.

malam tadi, entah kenapa aku buat renungan atas apa yang dah berlaku kat aku selama ini.  terfikir juga yang seharusnya bukan orang je patut pikir pasal kita, tapi kita pun harus pikir pasal orang lain. mungkin selama ini aku agak keterlaluan hingga lupakan perasaan orang lain.

tetapi aku agak keliru situasi yang macam mana dan bila sepatutnya aku pikir pasal perasaan aku sendiri dan sampai bila nak puaskan hati orang lain saja? ya itu questionmark kat kepala aku sekarang. tapi mungkin akan tiba suatu hari nanti ada orang yang mampu mengajar aku ini semua.

semalam mengajar aku untuk hargai hari ini dan esok.



aku teringin seseorang untuk layan aku macam adik dia, tak kisah la orang tu lelaki ke perempuan ke pondan ke. sebab memang aku ada sibling kandung tapi aku tak rapat sgt dgn mereka. mungkin rapat kami mcm kawan je. sebab aku selama jadi anak angkat aku hidup jadi anak tunggal selama 10 tahun dan selepas itu baru ada adik angkat lagi. bukan aku salahkan takdir mcm ni tapi aku teringin juga nak dilayan mcm seorang adik. memang teringin sangat. tak pe sabar. mungkin ada suatu hari nanti. :D

i want someone that really want to hear my problem everytime i need you. but don't act like you didn't care about me. kalau awak tak ikhlas jadi pendengar saya boleh bagitau saya yang awak tak nak jadi pendengar lagi. daripada hati saya sakit tengok aksi awak yang endah tak endah bagus awak terus terang.


Thursday, October 11, 2012

because life was meant to be colorful

hari ini, oh gloomy nyer, tadi call mak dgr suara mak je dah sebak .. nangis kejap lepas call mak. congek kan? mane tak nye perut lapar brapa hari tak makan sebab purse kering kontang kot sebab time nak berjimat lah kene spend duit. haduii...


yeap because life was meant to be colorful.. tak selamanya kita bahagia dan sedih kita ada roda kehidupan :')..

pernah terfikir benda ni:


  • kan best kalau dunia nie tak ada pakai duit. semua barang free
  • kan best kalau tak pernah jatuh cinta, dan hanya jatuh cinta pada orang yang betul-betul memang buat kita
  • kan best kalau mereka ada ketika kita perlu kan mereka
  • kan best kalau ada pari-pari
i do believe in magical life.

hari ini nak study-study tapi mcm paksa diri sendiri study je sebab apa yang dibelajar x masok otak sangat.. adui.. camne nak jwb exam besok. kalau kuiz je xpe la kot buat sebarang ni last choice tak nak la buat sebarang kalau boleh nak buat betul-betul sebetulnya. tak nak fail paper. sebab mcm rugi kalau fail :'(

okla bye2..

Wednesday, October 10, 2012

mereka kalau ketika diperlukan langsung tak ada

betul kan? kalau orang yang kita perlukan sangat-sangat time tu mesti tak ada. -sigh-

hampa kan? almaklum lah manusia katakan kata-kata hanya sekadar omong kosong. lepas ni tak nak tolong mereka lagi, tapi kalau ckp mcm tu walau sebagai mana sekali pun tetap juga nak tolong diorang. sebab ? kesian kat mereka. mereka orang yang kita kenal.


see ? nampak benda cute tu rasa nak makan, tapi bila makan tak lah sedap mana pun. pernah makan tapi manis sangat sampai boleh sakit tekak makan. opss mungkin aku bukan pengemar manisan.

perkara paling aku tak suka buat seorang diri:

  • assignment berkumpulan, report terpaksa buat sorang diri yg lain dpt markah free
  • makan sorang-sorang tak ada yang sudi sebab diorang ada pasangan masing-masing, kwn-kawan busy memanjang
  • berjalan sorang-sorang, serious seram kot rasa berjalan sorang-sorang lagi-lagi tempat sunyi


#awak-awak sekalin yang kenal sy, so ingat-ingat la apa yang aku tak suka, kalau aku diam tandanya aku x suka lah tu.

skrg tgh tahan sakit bukan ada org pun nak tanya dah makan belum, sihat ke tak, ade pun ntah-ntah tak ikhlas sebab tak pernah jumpa rakan fb katakan.

nak nangis puas-puas je rasa. tapi tak guna baik pergi belajar. :')

quotes of the day #1


gambar diletak tanpa motif!!

"It is not for me to change you. The question is, how can I be of service to you without diminishing your degrees of freedom?" - R. Buckminster Fuller
quotes of the day#1

Saturday, October 6, 2012

hapuskan rasa cinta itu jika dia bukan untuk ku.


oh Tuhan tolong lah aku hapuskan rasa cinta ku terhadap nya andai benar dia tidak ikhlas bersama ku sebab aku pun ingin bahagia tanpa dia. 

andai benar dia hanya ingin permainkan perasaan ku hapuskan perasaan itu dari hatinya agar aku tidak terluka.

andai benar dia untuk ku semaikan lah rasa cinta kami. andai bukan hapuskan lah rasa itu dan tumbuhkan nya untuk orang yang layak merasaai dan menerima nya kelak.

-Aku yang tersakiti_Judika-



Monday, October 1, 2012

disaat seseorang luka kan hati kita maka akan datang lah

yeap akan datang lah seorang yang akan menghiburkan hati anda dan merawat luka lama anda. dan di saat itu orang yang melukakan kamu akan rasa menyesal kerana telah melukakan kamu. quotes for today. -mata tak boleh tido seyh-


lama seyh tak update blog. ok it's october now. well hello october.. final exam begin today. my first paper on 4th october 2012 :) wish me luck.

Thursday, September 6, 2012

kekasih curang depan mata kerana di despredo.




oh hai boys and girls. yeah. beberapa hari yang lalu aku telah pun menjadi seorang mamarazi untuk sebuah isu iaitu CURANG, CINTA TIGA SEGI, ORANG KETIGA dan seangkatan dengan nya. ya aku akui aku agak sibuk pasal hal orang asyik dok jaga tepi kain orang. so what? bukan sengaja pun dah aku tertahu so alang-alang aku terus lah ambik tahu kan *yeah oppa gangnam style jom* hahaha

aku sangat-sangat lah tak suka bila ada orang curang or perampas. seriously. tapi aku walau tak suka tu pun aku kadang-kadang terima hakikat. sebab aku percaya ada karma di dunia ni. tapi yang paling tak boleh nak maafkan ialah kalau dah tahu orang tu dah berpunya kan kenapa si perempuan ni terhegeh2 jugak nak kan milik orang (opps bukan milik sepenuhnya) i meant that boy already in a relationship with others but why she still approaching that boy? just give a shit to that kind of girl.

aku walau suka dekat seseorang tapi aku tak pernah nak berniat nak rampas or kacau hubungan orang.  mcm desperate sangat tau kau rampas milik orang.  aku tahu macam mana rasanya kalau hubungan kita retak.  ish tak payah lah nak terhegeh2 kan dekat boyfriend orang . mcm terdesak sangat. hello where's your pride? like a cheap things u know if you acting like that behavior. puish.. if i can i wanna throw a shit on ur face.

eh kenapa pulak aku teremotional? hahaha.. eh aku perempuan juga k.. aku faham apa diorang rasa.  kepada mana-mana perempuan yang suka merampas kekasih orang or mengacau hubungan orang please hentikan perangai buruk anda itu. kau ingat baik sangat lah benda tu. ow mesti kau rasa seronok kan tengok kesakitan orang lain. kalau kau tak dapat berubah juga aku harap Tuhan bagi kau balasan yang setimpal atau teruk lagi.

#nak scandal-scandal itu baik jgan sebab itu macam barang promotion yang orang rebutkan tapi tak ada kualiti.

patut lah murah, orang ramai pun berebut sebab kdg2 boleh dpt free tapi hakikatnya langsung tak ado kualiti. jadi lah barang yang mahal, berkualiti dan jadi tumpuan orang ramai.

Wednesday, August 29, 2012

Tangisan Pertama

blog baru? erk saja je suka-suka sebab sengaja nak jadi macam artis mana tahu boleh jadi macam artis zaman sekarang sekali muncul je terus gedebak gedebuk femes. boleh jadi top malaysia choice. erk merepek je lebih. it's up to you wanna say i'm gedik buat blog baru haha btw blog lama takkan dilupakan just yang itu untuk aku buat official kot eleh bajet artis le aku nie? aku sendiri pun menyampah.
with this new blog nama blank heart ya sama mcm diri aku orang yang gagal dalam percintaan. *ambik tisu seka air mata dari mengalir* ceh emosi pulak dah. ok la ini mungkin tempat aku luah perasaan ye la nak follow-follow lah kalau tak nak sudah aku pun tak nak paksa. yang pasti aku bebas menaip kat sini *senyum macam minta penampo*. 

entri pertama (kedua ekceli sebab entri lama dah buang) pasal tangisan pertama. oh well tangisan pertama kita ialah ketika kita dilahirkan. sebaik je kita keluar dari rahim ibu kita terus kita menangis kan? ya semua orang mesti ingat kan bila tangisan pertama korang? erk tak ingat. bohong punya budak. maksud aku birthday la. kalau aku time 9 september itu la hari pertama kedengaran tangisan pertama aku. manusia menangis bersebab kan? meniti dari hari ke hari sure setitik air mata mengalir kan? kalau boleh diukur agak-agak berapa banyak kah sudah air mata kita dibuang untuk orang yang tak berguna? eh ceceh.. dlm maksud tu.

sumber: Google

dulu masa kecik-kecik kita menangis sebab kita takut, sebab kita sakit, sebab kita erm sebab kita menangis la kita menangis. ya itu masa kecik umur pun bawah lagi. tapi sejak masuk sekolah menengah tangisan tu bertukar dah. boleh jadi tangisan clash, tangisan kena buli, tangisan kena tinggal boyprieng. haa sapa yang tak lepas spm tu jgn dok gatal nak bercinta sangat belajar je la dulu. kat universiti banyak pilihan kau. aku kata yang benar. kat sekolah tu apa la yang ada. so Girls terutamanya jgn la menangis disebabkan ditinggal oleh boyprieng kamu tu. simpan air mata mu itu kerana dirimu begitu berharga bak kata maybeline. yeah i'm loreal and maybeline user

tangisan kesedihan ialah bila orang yang kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya. aku pun pernah kehilangan orang yang sgt berjasa iaitu bapa. bapa yang bersusah payah mengerah tenaga untuk mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. syangi lah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. mereka hanya satu dalam dunia. yang angkat-angkat banyak. yang kandung tiada gantinya.

#point sebenar aku buat entri ini sebab aku blank.  aku nak tidurkan mata aku mana tau time menaip mengantok kan? hehe.. ok be serious! ekceli aku nak pesan kat Girls terutamanya kalau bercinta jangan gadai kan semua yang kamu ada untuk boyprieng kamu sebab dia belom dapat jamin yang kamu akan bernikah dengan dia. so bercinta-bercinta juga tapi hati itu jgn diikutkan sgt hati remaja tu. darah muda cepat mengelegak orang kata. sayang boleh tapi jgn terlampau sayang sebab nanti kalau dah break kan susah. sayang sepenuhnya tiba-tiba kosong. bak kata najwa latif.

baru rasa mengantok k bye nak tido..