Wednesday, August 29, 2012

Tangisan Pertama

blog baru? erk saja je suka-suka sebab sengaja nak jadi macam artis mana tahu boleh jadi macam artis zaman sekarang sekali muncul je terus gedebak gedebuk femes. boleh jadi top malaysia choice. erk merepek je lebih. it's up to you wanna say i'm gedik buat blog baru haha btw blog lama takkan dilupakan just yang itu untuk aku buat official kot eleh bajet artis le aku nie? aku sendiri pun menyampah.
with this new blog nama blank heart ya sama mcm diri aku orang yang gagal dalam percintaan. *ambik tisu seka air mata dari mengalir* ceh emosi pulak dah. ok la ini mungkin tempat aku luah perasaan ye la nak follow-follow lah kalau tak nak sudah aku pun tak nak paksa. yang pasti aku bebas menaip kat sini *senyum macam minta penampo*. 

entri pertama (kedua ekceli sebab entri lama dah buang) pasal tangisan pertama. oh well tangisan pertama kita ialah ketika kita dilahirkan. sebaik je kita keluar dari rahim ibu kita terus kita menangis kan? ya semua orang mesti ingat kan bila tangisan pertama korang? erk tak ingat. bohong punya budak. maksud aku birthday la. kalau aku time 9 september itu la hari pertama kedengaran tangisan pertama aku. manusia menangis bersebab kan? meniti dari hari ke hari sure setitik air mata mengalir kan? kalau boleh diukur agak-agak berapa banyak kah sudah air mata kita dibuang untuk orang yang tak berguna? eh ceceh.. dlm maksud tu.

sumber: Google

dulu masa kecik-kecik kita menangis sebab kita takut, sebab kita sakit, sebab kita erm sebab kita menangis la kita menangis. ya itu masa kecik umur pun bawah lagi. tapi sejak masuk sekolah menengah tangisan tu bertukar dah. boleh jadi tangisan clash, tangisan kena buli, tangisan kena tinggal boyprieng. haa sapa yang tak lepas spm tu jgn dok gatal nak bercinta sangat belajar je la dulu. kat universiti banyak pilihan kau. aku kata yang benar. kat sekolah tu apa la yang ada. so Girls terutamanya jgn la menangis disebabkan ditinggal oleh boyprieng kamu tu. simpan air mata mu itu kerana dirimu begitu berharga bak kata maybeline. yeah i'm loreal and maybeline user

tangisan kesedihan ialah bila orang yang kita sayang meninggalkan kita buat selama-lamanya. aku pun pernah kehilangan orang yang sgt berjasa iaitu bapa. bapa yang bersusah payah mengerah tenaga untuk mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. syangi lah ibu bapa anda selagi mereka masih ada. mereka hanya satu dalam dunia. yang angkat-angkat banyak. yang kandung tiada gantinya.

#point sebenar aku buat entri ini sebab aku blank.  aku nak tidurkan mata aku mana tau time menaip mengantok kan? hehe.. ok be serious! ekceli aku nak pesan kat Girls terutamanya kalau bercinta jangan gadai kan semua yang kamu ada untuk boyprieng kamu sebab dia belom dapat jamin yang kamu akan bernikah dengan dia. so bercinta-bercinta juga tapi hati itu jgn diikutkan sgt hati remaja tu. darah muda cepat mengelegak orang kata. sayang boleh tapi jgn terlampau sayang sebab nanti kalau dah break kan susah. sayang sepenuhnya tiba-tiba kosong. bak kata najwa latif.

baru rasa mengantok k bye nak tido..