Terlalu banyak.

Hai.

Sedar tak sedar tahun 2013 dah nak habis rupanya.  Tak sangka kan? Begitu cepat masa berlalu. Berapa banyak azam tahun 2013 korang yang dah tercapai?  Aku erm ada la satu dua yang tercapai salah satunya ialah aku berjaya mendapat pointer 3.50 dan ke atas, tapi malang CGPA aku masih bawah 3.50. Tak apa la kan dapat Dean List pun dah cukup memandai bagi aku. 

Tahun 2013 ni kalau nak buat ringkasan pun aku rasa memang berjela-jela perenggan nanti, sebab kalau dipendekkan pun akan jadi panjang cerita sepanjang tahun ini. Tahun ini banyak mengajar aku tentang erti kesabaran di mana tahun ini juga aku banyak berurusan dengan pelbagai pihak. Manusia dengan pelbagai ragam, pelbagai reaksi, banyak la caci makian yang aku terima. Tapi untuk berjaya aku kena berfikiran positif. Dan aku jadikan itu semua sebagai pembakar semangat aku agar terus bersabar.

Hari itu, aku tercalon untuk bertanding sebagai wakil majlis perwakilan pelajar untuk UiTM Samarahan.  Tapi bukan rezeki aku untuk menjadi MPP.  Aku bukan seorang pelajar yang aktif dahulu. Tapi sejak masuk UiTM aku ada la berkecimpung sedikit sebanyak dalam persatuan itu ini.  Aku pun tak sangka yang aku akan pergi sejauh itu. Sebab dulu pertama kali aku jejak kaki di uitm aku langsung tak terfikir pun soal itu.  Tapi aku bersyukur sebab aku diberi peluang untuk kenal dengan ramai mahasiswa mahasiswi dari fakulti dan program yang lain.

Tahun depan 2014 tinggal beberapa hari je lagi nak masuk.  Dan ini merupakan semester terakhir aku di UiTM.  Aku akan merindui zaman belajar di universiti.  Dan aku dah punya perancangan untuk masa depan aku.  Aku mungkin tak akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah, aku nak cari kerja. Bila dah dapat kerja aku nak kena bayar hutang PTPTN yang aku pinjam. Then, aku nak beli kereta. Bila dah ada kereta sendiri senang la aku nak bawa family jalan-jalan. tapi sebelum itu aku kena ambik lesen dulu la.  Dan kalau boleh aku nak renovate rumah kami sebelum aku berkahwin. itu my future plan.

kalau soal Jodoh tu dah lama forever alone katakan aku banyak terfikir dan banyak membaca dan menilai (aku tau menilai itu bukan perkara yang baik) tapi untuk masa depan sendiri, aku serahkan Jodoh aku pada yang Maha Mengetahui.  Tak kisah la siapa dia janji dia punya akhlak yang baik, hormat orang tua dan boleh membimbing aku kelak. Handsome ke tak itu belakang cerita. Janji dia ikhlas.


ini mungkin update yang terakhir untuk tahun 2013 ini.  terlalu banyak kalau nak diceritakan semua kat sini.  nanti kalau ada kelapangan boleh aku update. 

Selamat Tahun Baru, 2014.


coretan halus

"memahat kata yang manis ke dalam hati ibarat menabur janji manis terhadap seseorang."

aku..
selalu alpa dengan detikan masa, si syaitan durjana semakin galak menghasut minda untuk terus lena di alam ini. Aku boleh menentang, sebenarnya. Tapi tak kuat untuk menentang.
aku..
boleh terbuai dengan kata-kata manis dari sang pencuri hati dan insan sekeliling. Daku iri hati pabila sang teman diselubungi hari-hari bahagia bersama sang pencuri hati mereka. Aku juga teringin.

aku..
cuba hapuskan rasa yang nonsense ini sebaik mungkin agar tak mudah terbabas dari landasan. Tapi aku bukan lah insan yang sempurna. pasti ada cacat cela nya. kesalahan sentiasa ada.

kesilapan sentiasa berlaku akibat si ego yang memuncak melangit dalam diri.

aku adalah aku. aku juga manusia. aku ingin juga begitu. 

berdoa buat diri sendiri.

salam.

kisah timun.

timun. Aku suka makan timun. Aku makan ulam timun je la. Kalau dah masak jadi sayur aku tak suka sebab dia lembik mcm jelly basi. Ada sesetengah kawan aku tak reti makan timun, ada juga yang tak boleh makan timun sebab timun ni kan sejuk dan berair diorang sakit perut kalau makan timun. Aku tak kisah pun sebab aku jenis bukan pengemar makan sayur-sayuran.

jadi caranya aku jadikan ulam timun aku tu sebagai penganti sayur. bijak tak? Timun masih lagi dalam kategori sayur kan? lantak lah apa orang nak fikir janji perut di isi.

selalu kita dengar timun ni ada kaitan dengan kecantikan. erk? ada orang pakai masker timun. Potong timun banyak-banyak lekatkan muka esok pagi tengok timun berkedut sebab kulit kita dah serat air dari timun tu. aku rasa segar je muka bangun tidur kalau lepas pakai masker timun.

lagi satu ada yang kata timun boleh hilangkan eyebag, yang ni berkesan juga kat aku. sebab aku dah try and eyebag aku berkurangan kecuali mata panda aku tu still berlingkar di bawah mata. serupa zombie pun ada.  best la letak timun kat mata sebab timun kan sejuk kalau mata kau penat kan aduh memang best sejuk je rasa dia.

anda boleh cuba kalau tak percaya.

btw, Salam Maal Hijrah for all Muslims

sedapnya.

Hello November,

sepanjang cuti semester kali ini, aku cuma duduk rumah, tolong apa yang patut. cuci pinggan, sapu lantai, lap pinggan. Fuh sememangnya sungguh penat kalau menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa.  Aku respect kat mak sebab dia sanggup penat lelah demi memastikan makan minum kami terjaga.

Sebelum itu aku nak kongsi keputusan peperiksaan akhir aku semester 4 yang lalu.  Syukran ada peningkatan sedikit. Masih lagi dapat AD. Berkat usaha penat lelah harungi semua cabaran ketika semester 4 akhirnya berbaloi juga. So tak lama lagi final semester mesti lebih busy. Tahniah juga buat semua rakan-rakan yang lain. Jumpa di Semester 5 nanti.

So, masa cuti semester kali ini aku memang habiskan masa dengan membuat kek. Yayy... semua menjadi even ada kucar kacir bahan x cukup tapi still kek itu sedap sebab dibuat dengan penuh kasih sayang.


dari kiri:
kek lapis choco horlicks // sherperd pies // kek batik


dari kiri:
puding caramel (tanpa telur) // biskut choco cips // kek lapis asam manis


dari kiri:
tart blueberry (kakak yg buat) // kek lapis cream cheese

memang la aku buat x berapa kemas mahupun cantik, tapi usaha aku ada kan. and my family love it. hehe.

kebanyakkan resipi tu aku cuba dari blog, Mat Gebu, Hasue, Cik Epal, dari majalah RASA. and x tau mana lagi aku dpt haha lupa dah banyak sgt.

kek lapis cream cheese ni sedap. and ada org minta resipi. resipi tu ada kat blog Hasue. boleh check kat sana ya.


Kek Lapis Cream Cheese (Kukus)
Bahan2:
16oz mentega
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu pekat
1 tin besar serikaya (aku guna separuh je, boleh guna yg saiz sederhana)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
250g tpg hongkong (aku guna tepung gandum)
180g gula halus
200g horlicks
200g cream cheese
Pewarna oren (aku xde pewarna oren so aku campur pewarna merah dan kuning so jadi oren)
2 bungkus hawflakes (potong halus)
Coklat rice secukupnya

Cara membuatnya
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu, tepung gandum, baking powder dan horlicks gaul hingga sebati
3. Gaulkan cream cheese, seri kaya dan susu di tempat berasingan. Bila sudah sebati barulah dicampurkan ke dalam adunan mentega.
4. Masukkan vanilla dan pewarna oren
5. Ambil satu cawan adunan tadi dan kukus sehingga masak
6. Bila sudah masak,taburkan hawflakes yang sudah dipotong halus
7. Tuangkan lagi satu cawan adunan dan kukus sehingga masak
8. Taburkan rata coklat rice di atas adunan.
9. Ulangi langkah 5-8 sehingga adunan habis.
10. Kukus sekurang2nya 1 jam selepas lapisan terakhir. (aku kukus sejam setengah)


kalau nak kukus tu pastikan air kukusan dah mendidih ok?

selamat mencuba tau. :) sekali makan nak lagi.

adunan yg aku buat boleh hasilkan dua loyang kek, sebab loyang aku kecil dan rendah tu pasal kot. hehe. untuk jimatkan masa aku buat dua loyang tu satu loyang aku bakar, satu lagi aku kukus. kalau kukus sila ikut mcm yg dalam resipi kalau waktu membakar tu aku x dpt nak agak sebab aku bakar guna suhu 150 -175 mcm tu sbb takut kek aku hangus aku kena la berjaga depan oven tu, kalau ada tercium bau kek tu aku keluar kan aku cucuk guna lidi check isi dalam kek tu masih lembap or tak. lama gak la sebab adunan ni kan kukus aku bakar pulak so ada la dalam sejam ke dua jam mcm tu aku tunggu dia beto2 masak. tapi tekstur kek dia masih lembab mcm kek kukus. 




harapan palsu.

kembali lagi bertemu kita kali ini. slot jiwang haha. ok aku gurau je. jangan la sampai nak baling kasut smua. tak cool la korang. meh mai dekat sini, aku nak story mory.

dalam hidup kita ini kan mesti la kita pernah menyukai, menyintai seseorang tanpa pengetahuan mereka kan? Nak senang cerita budak-budak zaman sekarang ni panggil Candy Crush. Canggih kau nama tu Crush, dulu aku ingat Crush ni terbabas masuk longkang. Bijak pandai la budak zaman sekarang mesti minum susu Progress Gold kan masa kecik dulu? Bila kita dah suka dengan someone tu kan mesti kita nak selalu bersama dia, nak berkawan rapat dengan dia, malah intention nak jadi laki/bini dia pun ade kan?

Tapi paling parah kalau diorang bagi harapan palsu kat kita, diorang layan kita bagai kekasih awal dan akhir lepas tu main blah mcm tu je. memang rasa macam nak bagi penumbuk je kan? Tapi wat cool je, even hati ini bernanah akibat luka dari duri yang tajam itu menguris hati bagai hempedu. Ecece ayat aku kemain. Kalau bagi talk ni konfirm ada kena baling dengan telur busuk.

As for me lah kan, kita ni masa remaja terlampau ikut dengan perasaan, mudah dipengaruhi, emosi cepat terganggu nak nak kalau berkaitan dengan perasaan.  Terfikir la juga perangai masa sekolah dulu kala yang dok sebok menStalker seorang budak handsome dulu kala, tapi now muka dah matang gila, gila nya aku boleh suka dengan org mcm tu, yaa humans grow up so taste pun dah berubah kan.

aku sebenarnya tak gemar dengan harapan palsu, sebab harapan palsu ibarat dadah yang menghancurkan hidup, eh tak maksud aku menghancurkan perasaan haha. jauh pulak aku melalut.  Aku sebagai remaja pernah diberi harapan palsu dan memberi harapan palsu.

Yang diberi harapan palsu ni, payah sikit sebab dia kena ambil masa nak kembali kepada normal, maksud aku bukannya dia tak waras.  Dia macam.. ye la kan kau dah kena reject dengan someone mestila kau patah hati kan? Nak nak kau perasan dia suka kat kau padahal dia tak ada secalit pun perasaan pada kau, gila kalau kau tak patah hati, lain la kalau kau tu ada sparepart keliling pinggang and ada agenda tersendiri. Ni nak beri nasihat, buang je terus harapan you all tu, head up and walk with confident, ada berjuta lagi yang lebih baik dari yang itu.

Kalau yang memberi harapan palsu ni, tak ada la berat sangat effect dia. Cuma dia akan rasa bersalah sebab telah memberi harapan palsu, simpati pun ada sebab niat sebenar kita nak berkawan telah disalah anggap oleh orang tersebut sebab kita dah letak friend-zone. Lain la kalau jenis hati batu, langsung tak ada perasaan lepas reject orang.

aku cakap dari pengalaman aku dan sedikit sebanyak dari pengalaman kawan-kawan sekeliling aku. tapi entri ini tak ada kene mengena dengan keadaaan akuu sekarang.

tapi hidup kita ada masanya kita diatas dan ada masanya kita di bawah.. Soal jodoh jangan risau, yang penting kita usaha. :D

sekian. peace yaww.. ^^V

Bedak Sejuk

hello dan Salam Aidiladha.

cuti semester kali ini tak ubah macam cuti semester yang lepas-lepas. Tapi cuti kali ini tak lama sangat sebulan lebih je.  Kau pejam celik pejam celik mata tu dah habis cuti.  Kebiasaannya boring cuti semester aku sebab dok terperuk dalam rumah tak buat apa-apa. Langsung tak ada insentif nak keluar berjimba dgn kengkawan.  Hari-hari hadap novel tebal, dgr lagu, bertweet berinstagram semua. Boringnya hidup.

sejak kebelakangan ini aku ada insentif nak jadi cantik tau. haha. kelakarkan.  aku namakan projek aku ini sebagai "aku pun nak cantik!" tapi tak la bermakna aku ni nak cantik sampai nak buat surgery tu semua. itu semua buang duit je. baik aku amalkan amalan tradisional nenek moyang kita dulu-dulu. Rajin pulak aku nak mengodek segala petua kat internet.

so first step aku pakai bedak sejuk, ni ha sekarang ni tengah menaip sambil bersin pakai bedak sejuk habis pecah masuk dlm lobang hedong aku ni. nak korek hedong pun payah.  sebenarnya lama dah aku beli bedak sejuk ni ye la aku tak amalkannya sebab entah la penyakit malas aku datang mendadak. So baru hari ni nak amalkan balik. sebelum aku nak amalkan balik tu kan aku google la semua pasal bedak sejuk. Tapi majoriti aku tengok pasal bedak sejuk Tanaka. Aku tak pakai jenama tanaka. Aku pakai biasa-biasa je yang berapa ringgit je kat kedai runcit tu.

banyak juga kegunaan bedak sejuk ni sebenarnya. ianya dapat menyejukkan kulit muka, dapat mengurangkan parut jerawat, menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan sebum minyak kat muka banyak la kalau korang nak google. Tapi pakai bedak sejuk ni leceh bila ianya dah kering kat muka kau. Gerak je sikit mulut kau dah pecah berderai dia. Boleh stress kalau guna mcm ni tiap-tiap malam haha. tapi ye la kan demi projek "aku pun nak cantik!" yang aku sendiri reka ni haha.

hachummm.. dah tu je. berterabur bedak sejuk kat tilam.

BAHAYA ke mengunyah ais.??



Tertarik pulak dengan artikel dalam majalah remaja edisi 1 Ogos 2013 yang lepas, jenuh nak menyuruh mata ni tidur ha tu yang belek mana-mana majalah yang ada. Ni pun belum update baru lagi majalah sebab lama dok pergi bertapa dekat kampus menuntut ilmu yang meluaskan pengetahuan.

Aku kalau pergi minum kata mana-mana kedai memang tak sah kalau tak kunyah ais cube. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh addict mengunyah ais ni.  Lagi-lagi kalau aku tengok ais tu kecil-kecil hancur memang laju je aku ngap masuk dalam mulut.  Kawan-kawan memang dah sedia maklum lah dengan perangai aku yang satu ni. Tapi ada la sorang dua kawan tegur aku tak elok kunyah ais. Tapi aku buat donno je hahaha. Sorry kawan.

Aku memang tahu kunyah ais ni memang tak elok, lagi-lagi kau makan kat tempat high class gitu hotel lima bintang punya restoran duduk lagi semeja dengan orang berkaliber macam Dato’ Seri, Tan Sri ke kan naiya. Langsung tak ada table etiquette betol. Bukan kah hilang sudah ciri-ciri nak jadi calon menantu mereka.

So untuk sesiapa yang gemar mengunyah ais yang ranggup tu ini sedikit perkongsian dari hasil bacaan aku tadi yang menyatakan bahawa ianya ada kaitan dengan penyakit Anemia. Tabiat mengunyah ais ini dikenali sebagai Pagophagia.  Semua sedia maklum kan apa itu Anemia? Penyakit di mana someone tu kekurangan sel darah merah.

Ianya turut memberi risiko kepada seseorang itu untuk menghidapi penyakit jantung, otak dan kerosakkan pada tubuh kita.  Kalau kita kerap sangat kunyah ais ia akan menyebabkan tahap zat besi dalam darah kita menjadi tidak normal dan boleh menyebabkan kita pengsan dan pitam.

Aku rasa aku patut hentikan tabiat mengunyah ais ni sebab aku ada kecenderungan untuk pitam bila aku bangun secara tiba-tiba. Sebelum terjadi apa-apa baik aku stopkan habit aku tu ye tak? Lagipun gigi aku sensitive dah sekarang dah tak boleh nak aktif sangat mengunyah ais.


Harap dengan perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Peace yawww..

**yuhuuu, sekarang tengah cuti semester dan berakhirlah semester 4 aku pada jumaat yang lalu. Selamat bercuti warga Diploma UiTM.**

think positive

Salam dan hai.

first of all, did U all pernah ada seseorang yang tak suka dengan you all?  rasanya mesti ada kan?

Sedangkan artis yang dah fofular di dunia hiburan pun banyak haters apa lagi kita yang langsung x dikenali ramai orang.  Orang yang tak kenal kita pun kadang-kadang rasa annoying serta menyampah tengok perangai kita yang tak serupa diri tu.  Yang kategori tu boleh dimaafkan lagi bila diorang tak suka kita sebab, tanggapan mereka pada kita pada first impression tu salah.

First impression? ok yang ni tak nak komen sangat sebab for me first impression tak semestinya betul sebab kita don't judge a book by its cover.

and this the thing i want to story ialah, saya hanyalah manusia biasa yang meminjam serta menumpang di muka bumi ini.  Nak suruh orang suka kita pun tak boleh sebab manusia ni lagi kita paksa lagi lah mereka tak suka.  nak salahkan awak semua memang tak la kan.  setiap kita mesti ada orang yang kita tak suka.  For me, I take all the negative comments that people give to me to positive side.  think positive la kan.?

kita ada kelemahan dan kekuatan masing-masing.  nak bercakap mulut biar bertapis *yang ni peringatan untuk diri sendiri sebab mulut laser sgt* hikhik.  so dear somebody outside there, if you don't like that person, u don't like me then you should face to face with them and have some slow talk.

but kita takkan pernah dapat puaskan hati setiap pihak.

sebuah pepatah ingin dikongsikan di sini.

Takkan putih hati yg dah hitam, putih pun akan jdi kelabu

sekian.

Dugaan itu satu ujian.

Lama dah tak singgah sini.

Blog lama dah buang dah. :') Jangan tanya kenapa.

Lama menyepi pun atas sebab tertentu.  Orang selalu kata, kita hidup pasti akan berhadapann dengan pelbagai dugaan serta halangan.  Namun jangan jadikan itu sebagai sebab kita gagal.  Kita semua tak akan lari dari menghadapi dugaan, cobaan serta rintangan.  Sebab itu akan menjadi pengalaman, pengajaran seta mematangkan cara pemikiran kita.

Hidup semester empat dah berakhir.  Banyak juga halangan serta cabaran yang ditempuhi selama semester empat ini.  Tapi berkat kesabaran serta kegigihan, dapat juga menempuhinya dengan jayanya.  Final exam pun ambil dua paper ja semester ni.  First paper 1 Oktober 2013 and last paper pada 4 Oktober 2013.
Banyak kan masa nak ulang kaji?  So please diri jangan malas-malasan lagi.

Di kesempatan ini juga nak ucap thank you for those yang wish me birthday pada 9 September 2013 yang lepas.  Now dah official 20 years old dah. Terima kasih atas doa serta sokongan kalian semua.

Seriously rindu nak berblogging lagi, tapi apakan daya dah mengalami scarcity of idea dah.


fikir dulu sebelum buat.

Dalam kesibukan serta kesesakan di pasaraya itu, Minah bingung dengan dompetnya yang kini berbaki RM50. Padahal ibunya memberinya RM100 pagi tadi untuk membeli barang-barang dapur.  Tapi dek kerana terpukau melihat baju yang cantik disebuah butik lalu dia membelinya tanpa sedar dia telah membelanjakan duit yang ibunya beri untuk membeli barangan dapur.

"menyesal, menyesal." keluh Minah sambil memilih barang-barang dapur.

ok dah kalau ikut cerita diatas agak-agak korang terfikir tak apa yang aku fikir?

pernah tak korang buat benda yang x berapa penting kemudia baru tersedar benda yang penting sebenarnya perlu dilaksanakan segera?

of course la pernah kan?

aku pun tak terkecuali dengan sikap begitu.

Nasihatnya ini ialah kita kena dahulukan benda yang penting kemudian baru boleh buat benda yang kurang penting tu.

pendek kata fikir dua kali sebelum buat, fikir dahulu sebelum bertindak.

#ok terima kasih kepada yang sudi nak memfollow blog aku. :D


perasaan

bila berbicara tentang perasaan ni kadang-kadang rasa nak hempuk je kepala someone kan? lagi-gi kalau kita memang tengah beremosi time bercerita tu. ibarat bercerita dengan penuh perasaan pulak kan?

ewah. tak nak cakap lebih. dear kawan, aku harap kau faham perasaan orang lain dan jangan bagi orang harapan.

aku cuma nak yang terbaik untuk kawan aku sendiri.

ok bye.

Selamat Hari Raya.

Salam semua.

Sekejap je kan masa berlalu. Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal menjelma. Hari ini hari terakhir berpuasa.  Esok dah raya.  Di kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir batin. :D

Ku susun sepuluh jari memohon keampunan andai selama ini ada melukakan hati pihak-pihak tertentu, terkasar bahasas. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri ini, yang baik datang dari-Nya.

Selamat Hari Raya.

dipendam

ada masanya kita perlu meluahkan segalanya dengan siapa sahaja, supaya kita dpt rasa lega dan tenang.

ada masanya kita perlu pendamkan agar tidak melukakan hati pihak lain.

ada masa kita perlu tahu apa yang patut dirahsiakan dan apa yang patut diluahkan.

satu yang dipendam cuma hanya org mereka yang ikhlas sahaja yang tahu apa yang dipendam diri ini.


apa yg dipendam suatu hari nanti akan dileraikan juga persoalannya.

#satu

Assalamualaikum readers (bagi je salam walaupun takada orang baca, atleast nampak beradab sikit.) Ternyata jarang sekali aku menarikan jar...