Thursday, October 16, 2014

life is like a roller coaster.

hello there,

sometimes kan.. ada orang akan mengadu masalah diorang dekat kita. jadi mula la kita nak bagi nasihat bagaikan. one thing yang aku perasan bila aku beri nasihat kat orang...kalau aku nak nyatakan contoh mcm banyak sangat bagus aku explain je. dia mcm ni tau bila kita bagi nasihat kat orang, nasihat kita tu berdasarkan apa yang dia dah story kat kita. 

nak bagi nasihat ni kene betul-betul jgak sbb tak semua orang terima nasihat kita dan tak semua nasihat kita ni betul. pernah terfikir tak kenapa kita mengadu kat orang lain bila kita sendiri ditimpa masalah?

konfirm pernah kan?


this is what we do when we have problem.. hahaha is it? not really right?



sebab bila kita tengah problem otak kita tak dapat cerna apa yang sebetulnya perkara kita patut buat and we tend to make the wrong decision.. and then what we do is to regret. sebetulnya yang boleh nasihat kan diri kita ialah diri kita sendiri sebab kita tahu apa perkara sebenar yg terjadi.. bila kita meluah kan org lain itu hanya la sebagai melepaskan apa yg terbuku dlm hati.

tak ada orang mampu berahsia terlalu lama. lebih baik cari orang yang kita percaya then story kat orang tu.


this is how we survive. we tend to remember and forget.

Friday, October 10, 2014

laziness

Hye, it’s October.

Hari ni, terasa malas bercampur rajin. What I mean is I’m feeling wanna do something but then suddenly I felt lazy.  Okay let’s cut the crap. I’ve got my parcel yesterday, I bought something makeup stuff such as Naked 3 by Urban Decay Eye Shadow Palette, Naked 3 by Urban Story 12 Longlasting Makeup cover &corrector and Eyebrow Mini Class. Did I bought original one? Of course not babe. Haha.. I only bought the one that I afford. I’m sorry too lazy to post that makeup stuff here for the time being.

Urm-oh well, my convocation date out already. It was on 8th & 9th December 2014. And mine might be on 9th. Not so sure yet. I’ll share it later. and I was so happy about it.



So today, for my dinner.

Embedded image permalink

Yeay. It’s boneless and skinless chicken breast. Grilled honey chicken urm.. i guess so. I didn’t know what should i name it. I just put all the things i want to marinated the chicken for 10-15 minutes. I put some oregano and parsley. And it tasty. My mom and my lil sis love it. This is my recipe.

Honey Grilled Boneless Chicken. 
Boneless chicken breast
Oyster sauce
Honey
Salt
Onion
Garlic
Ginger
Oregano
Parsley 
Mince the garlic, onion and ginger. Then put all the ingredients in a bowl and mixed it all together and left for 10-15 minutes. But you can leave it for 1-2 hours if you want the flavour to absorb into the chicken. Then you can grill it. And done.


Damn it. My English were sucks. Too bad. Yucks.. broken one. But its okay as long as you could understand it. Haha.. and last week I’ve got my learning driving license.  And that’s all.


Adios.

Thursday, October 2, 2014

when it comes to pairs, there's always have some imperfection

Pairs.

All of us have our own partners. And all of us have some imperfection. When it comes to pairs there’s must be some imperfection. Look what around of us that comes into pairs. Look into the mirror and look carefully your face. Tengok, tengok betul-betul. Perasan tak? Kita ada sepasang mata, sebatang hidung, sepasang telinga, sepasang tangan, sepasang kaki, mulut. Perasan tak yang mata kita di sebelah kiri x sama dgn disebelah kanan, camtu juga kening, lubang hidung kita. But its not too obvious but you can detect it.

As for mine, my kening sebelah dia mcm terangkat tau. Lagi-lagi bila lukis kening tu kan, memang Nampak beza dia. That day, nak ambik lesen memandu so ambik la gambar saiz passport kat kedai. Serious tu la gmbar saiz passport aku yg terbaik setakat ni sebab diorang kasi licin muka aku gna photoshop. And terperasan dalam gambar tu kening aku terangkat sebelah. Padahal aku senyum mcm biasa je. Dah mcm kening Ziana Zain pulak.

Ok let’s cut the crap. Pokoknya, kalau kita nak bahagia, kita kena lah terima baik buruk pasangan kita. Tak semua kita sempurna. Tak ramai orang pandai menghargai, tapi ramai yang menyesali bila dah tiada. Because all of us have our own imperfections.



I'm so sorry for the Rojak language and there's might be have some grammar mistakes here. *A lot I guess.


Adios.

Saturday, September 27, 2014

When..

-My Life Story-

Nama aku Jenylia Pa-un. Umur aku baru 21 tahun ketika aku mengarang teks ini.  Aku lahir pada bulan September on 9 hari bulan.  Aku tinggal dengan keluarga angkat aku sejak dari kecil. Dan aku telah didedahkan soal status aku sebagai anak angkat sejak aku kecil. Mana family kandung aku? Soalan itu memang kerap disoal bila aku kata yang bahawa aku pemegang status anak angkat. Mereka masih ada dan aku mengetahuinya. Family angkat dan family kandung aku ada relation. Mak kandung aku sepupu dgn mak angkat aku. Dan aku kalau ada masa aku akan melawat mereka. Main-main kat rumah mereka.


Apa perasaan bila ada dua family?

Erm.. aku boleh katakan aku beruntung. Sebab? Sebab aku ada ramai saudara mara. Boleh samakan dengan perasaan bila korang dah kawin kot. Ada keluarga mertua mcm tu. HAHA.. don’t know la sebab for me, I’m so grateful that I’ve been given such a lovable families. Terutamanya bila kita ada masalah kita boleh consult dgn mereka. Mana tahu mereka boleh tolong ringan kan masalah or beban kita.


Credit photo: Google



I don’t know why I write those things. Maybe sebab I want to share something that I have that you don’t have, something I want that I don’t have, right? Just want to explore my feelings by writing it down here.  There’s gonna be times that we will feel so alone, no one understand u and feel so terrible. But you must remember that, you have someone that really care about you that you call family. The best person ever who will listen to our problems is Him the Almighty of course and our Moms also is the best listener when want to share something.


As for me, aku jarang share something with others unless the topics were so interesting. Whenever I have something happen with my friendship, I usually consult with my mum. She is the best listener that I have.  When it comes to something that I couldn’t share with my family, I always consult with my best friend, Inez.  Whenever I’m having difficulties, my family and my best friends always support me. I really grateful because I’ve given such a beautiful and understanding creatures be by my sides. Thank you, God. For sending all those peoples to me.



JP.

Tuesday, June 17, 2014

current feeling

I have no idea on what I want to be in future.. oh wait its now actually. I have no ambition like other want to be a doctor, a lawyer, a lecturers.. I once had it but I lose it till I know the meaning of dreaming. sometimes I asked myself what do I want to do actually? what did I want actually.? and sometimes I think that I not able to know me myself. I don't know what do I stand for, I do not know who I am. I feel terrible.

sincerely,
jp 

Wednesday, April 23, 2014

Cabut Gigi

awal aku nak minta maaf sebab entri ini agak panjang dari biasa.

It’s holiday.. yayyy....
Tapi berat badan menurun, kejap je badan ni susut sebab demam tempoh hari. Agak teruk juga demam hari tu. Boleh turun 2 kg sebab demam. Nak naik berat badan susah, tapi nak turun berat badan dua hari tak makan dah berapa kilo turun. Cuti pun agak panjang...tinggal nak tunggu result je lagi. Result keluar 9 Mei nanti. Tapi dah dua kali dapat mimpi pasal result. Takmo cerita la takut nanti kecewa. By the way, hari tu aku pergi klinik pergigian kerajaan. Sebab aku nak cabut gigi.

First aku pergi pagi tapi nurse tu kata, waktu untuk rawatan pesakit luar dah tutup. Aku sampai pun dalam jam 11pagi camtu. So dia bagi aku jadual waktu operasi klinik tu. Then aku balik lah. Tengok jadual yang nurse tu bagi, petang jam 2 – 3 ada lagi rawatan untuk pesakit luar. Jam 3 – 5 baru untuk temu janji. Oh ya rawatan pesakit luar mean pemeriksaan gigi/cabut gigi.

Jam 2 petang aku dating balik klinik tu. Terus pergi kaunter. Ok disambut dengan pertanyaan yang baik. Dia Tanya aku nak buat apa. Aku gitau je la dia aku nak g cabut gigi. Lepas tu dia Tanya ada kad warna pink ke tak. Aku geleng kepala terus dia mintak IC. Kemudian dia suruh aku tunggu. Tunggu punya tunggu oh nama aku dah dipanggil, nurse tu tlg isi sekali kad pink tu untuk aku, terus minta aku tandatangan. Dia kata untuk pendaftaran dikenakan caj RM1. Kalau untuk warga tua yang umur 60 ke atas tiada bayaran dikenakan.
Dah siap pendaftaran dia suruh aku tunggu lagi belah dalam. Kira luar bilik bedah gigi tu la i guest. Ok la cantik, neat and tidy je klinik pergigian ni. Actually klinik ni dalam hospital kat daerah tmpt aku tinggal ni. Punya lah nerves jantung berdetak dentum bagai nak terkeluar masa tunggu giliran. Ramai juga orang yang sakit gigi musim ni.

“Jenylia”

Ok nurse dah panggil, kawan aku siap provoke aku lagi buat aku makin neves. Kalau ikutkan hati nak je aku cancel balik terus lari dari situ haha. Tapi aku timbang balik apa rasa sakit kalau cabut and tak cabut gigi aku yang dah berlobang besar gedabak tu. Masuk la aku dalam bilik tu. Ok nice layanan pun mesra suam kuku. Boleh la. Dentist tu yang nice. Perempuan cina. She’s very friendly and do her job properly. Dengar2 perbualan dentist tu dengan DSA dia mcm dentist tu baru posting kat sini je.

So dentist tu greet aku dengan friendlynya. Dia Tanya la nak buat apa. Aku pun neves jawab nak check gigi then nak cabut gigi berlubang. So dia Tanya la belah mana berlubang tu. Aku gtau la gigi geraham aku belah kiri bawah tu yang berlubang. So dia pun mulakan operasi dia menyelongkar gigi aku. Dia check semua gigi aku dulu. Bahasa pergigian apa ntah aku x faham sgt ada yang sound, ada yang missing lah. Lantak lah. Then dia pun korek gigi berlubang aku tu. Pehhh sakan dia korek, bagai nak terangkat aku dari katil tu.
So dia kata dia x dapat nak check sangat disebabkan masa dia korek2 tu ada la sisa makanan dalam lubang tu and bila dia korek aku mula gerak-gerak kesakitan. So dia explain la tiga situasi kat aku. Dengan tekunnya aku mendengar. Tapi aku tak faham. Kali kedua dia explain baru aku faham.

Situasi 1.

First dia akan bagi inject then dia check gigi aku, if lubang tu belom sampai pulp lagi dia boleh bagi tampal. Tampal sementara selama 3 bulan, if tak ada kesan mcm bernanah, gusi bengkak or tampalan tu patah. Dia akan bagi tampal permanent punya lepas tiga bulan tu. If ada kesan seperti dinyatakan dia akan cabut terus gigi tu.

Situasi 2

First dia bagi injection juga dia check gigi tu, if lubang tu dah sampai pulp dia suggest aku buat rawatan akar. tapi kena kerap datang klinik kalau buat rawatan akar ni.

Situasi 3

No other choice boleh cabut terus.

Aku first keliru nak buat mcm mana. Aku gtau la cabut terus je lah. Tapi dentist tu mcm refuse nak cabut sebab dia kata takut urat kat gigi aku tu ada kaitan dgn jantung. So dia suggest aku buat situasi 1 tu. So aku pun iya kan saja. Sebab dia yang lebih pakar soal gigi.

Then dia pun bagi aku bius. Then kena tunggu kat luar bilik lagi. Kawan aku sakan gelakkan aku sebab mulut aku kebas. Gila pahit betol ubat tu. First masih boleh lagi sengih2. Dah 5 minit camtu ubat tu dah jalan kot. Rasa kebas semacam. Senyum pun gila awkward. Kalau org tumbuk or tampar pipi belah kiri aku hari tu memang aku x rasa sakit kot. Sebab aku cubit kuat serious xda rasa sakit pun. Amazing lah.

Tapi neves dating balik lepas kena inject sebab dia nak korek2 gigi aku. Dan aku dah seram sejuk mengenangkan situasi 1 tu yg nak tampal tu. Ok nurse panggil nama aku lagi then masuk la dalam bilik tu. Tengok dentist tu tgh rawat gigi sorang pakcik ni. Pakcik tu cina dentist tu pun cina so diorang ckp dlm bahasa mandarin. Aku boleh la fhm sikit2. Lama juga aku tunggu baring atas katil tu. Sejuk pulak masa tu sebab betol2 bawah penghawa dingin.

Dah sampai giliran aku. Dentist tu Tanya ada rasa kebas tak mulut. Aku angguk lah. Then dia letak apa entah kat gigi aku yg aku pasti berangin la. Then dia korek2 lubang gigi aku tu agak banyak juga plak terkumpul dalam lubang tu. Dan aku hanya mampu menahan rasa ngilu mendengar bunyi alat yg dia guna tu kriuk kriuk bergesel dgn gigi aku. Masa dia korek tu memang xda sakit langsung. Dah habis korek2 so dia explain lagi yg dia kata lubang kat gigi aku tu dah sampai pulp so kena buat rawatan akar lah or nak cabut.  Aku dengan niat yang memang nak cabut gigi pun meneruskan niat. Tanpa fikir terus aku gtau cabut je. Then dentist tu kata kalau cabut memang xda gigi lagi kat area tu. Aku kisah apa. Gigi belah dalam xpa lah kalau hilang haha.

So dentist tu suruh la nurse tu ambik apa benda entah forcep ka apa x tau nama benda tu. Benda yang dipakai untuk cabut gigi tu. Aku toleh perhhhhh ngeri aku tengok. Ada besar ada kecik. Sempat lagi dentist tu buat lawak. So dia guna yang kecik punya. Aku dah neves gila masa tu. Ramai gak DSA tlg dentist masa tu dah siap pakai baju bedah smua diorang.

So bermula la process mencabut gigi, dentist tu pusing2kan gigi aku. Aku start rasa sakit sikit. Sikit je la xda banyak. Then dia kata kalau sakit angkat tgn dia boleh stop kejap. Aku memang dah takut. So diorang tenangkan aku suruh aku jgn keraskan badan, tarik nafas mcm biasa jgn tahan nafas, then dia mula lagi pusing2kan gigi aku sampai aku mengerang kesakitan aku dah rasa darah dalam mulut aku mengalir. Rasa masin. Masa tu gigi aku memang dah nak tercabut so mereka tenangkan aku then dah tercabut lah gigi berlubang aku tu. So dentist tu pun lap la darah kat gusi aku tu. Then dia suruh aku gigi kapas tu.

Kejap je pun cabut gigi ni. And tak ada lah ngeri sangat. Tak sakit pun sebenarnya dia cabut. Mungkin mindset aku dah piker sakit tu yg aku rasa sakit sikit masa dia cabut tu. Tapi sebenarnya biasa ja. Mcm kena gigit semut je pun. So dah habis cabut gigi dia Tanya aku nak buat appointment tak. Aku blurr appointment apa. Untuk buat tampalan dia kata. Aku Tanya soalan bodoh, ada lagi ke gigi aku yang rosak berlubang. Dia kata ada. And aku pun angguk je la. Baik tampal awl sebelum aku hilang lagi gigi mcm yg satu tu.
So my next appointment is on 29 Mei nanti.

Ramai Tanya sakit tak cabut gigi, aku kata tak sakit terus ramai nak cabut gigi. Tapi bila aku tweet pasal situasi masa aku cabut tu ada yang takut. Haha biasalah tu. Sakit gigi adalah sakit yang paling teruk sekali. Sebenarnya aku masih boleh selamatkan gigi aku tu dengan rawatan akar. Tapi memandangkan rawatan akar ni kena kerap dtg klinik buat aku malas so aku pilih jalan pendek. Cabut je senang crita. Tak kuasa nak pergi klinik selalu sgt.

So siapa2 yang ada sakit gigi tu aku nasihatkan pergi buat check up gigi tu. Dalam setahun kita digalakkan untuk check gigi dua kali kalau boleh. Boleh buat kat klinik luar or kerajaan. Tapi kalau kat klinik luar mahal sikit. Untuk check up and consult saja dia dah caj RM10 kalau tak silap. Kalau tak berkemampuan boleh pergi klinik kerajaan. Berbaloi tapi kena tunggu giliran la. Biasa la smua orang tau kan how the process dealing with government agencies?? Hehe


Ok lah panjang gila entri kali ni. So this is my sharing. Next entri akan update pasal lepas cabut gigi pulak. Adiosssss!! :D

Tuesday, April 8, 2014

Indah khabar dari rupa.

Hye,

aku terharu melihat orang yang sudi membantu insan yang dipinggir, diasing contoh mcm, pengemis (i'm sorry, tak tahu nak guna word apa? maaf kalau bunyi agak kasar).

tapi hakikatnya susah kita nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas nak tolong kita. part paling sakitnya bila orang yang pernah tolong kita suatu masa dahulu tetiba mengungkit mengatakan keikhlasan mereka menolong kita.

aku faham, siapa tak sakit hati kalau pertolongan kita tak dihargai. Tapi, kita perlu tahu juga yang tak semestinya setiap orang kita pandai express kan perasaan berterima kasih kita terhadap orang tersebut. Ego, yes ego itu satu hal yang buat kita malu nak tunjukkan perasaan berterima kasih kat someone.

tapi, kita kalau dah ikhlas tak baik kita mengungkit dengan mengatakan keikhlasan kita. Apa guna kita berkata-kata mcm tu, bila orang lain dengar dah mengungkit mcm tu memang malu la nak minta tolong sebab tak nak menyusahkan diorang.

Aku respect kat orang yang sudi membantu orang yang terbiar. aku kata mcm ni. tapi hakikatnya bila dah orang yang mcm tu ada kat depan mata aku, aku taknak pulak tolong. Seriously, first impression memang jijik tengok mereka kotor. Tapi bila dikenang balik mereka pun ada perasaan. Tak baik pulak kita nak pulau kan mereka.  Bagus kita tolong mereka.

just imagine kalau kita di tempat mereka, menagih simpati dari orang awam, tak mandi untuk beberapa lama, rambut kusut masai, muka comot, perut tak terisi sebab duit pun tak ada, minta kerja orang tak nak ambil sebab ibarat orang kurang siuman dah kita masa tu. Mengigil badan menahan kelaparan, makan pun makan sisa makanan dari tong sampah. dengan keadaan kita macam tu, orang cuma mampu kesian tpi ada yang tak sudi nak hulurkan bantuan, ada yang bantu setakat termampu hulur rm1-2 mcm tu.

sebak perasaan melihat mereka sebegitu. Tapi, dalam ramai-ramai manusia dalam dunia ni ada juga seorang dua yang sudi membantu. Aku harap aku dapat berubah. Aku harap aku mampu ambil tindakan yang sewajarnya bila aku berhadapan dengan mereka.  Mungkin tak mampu nak tolong banyak tapi atleast dapat juga menolong mereka kurangkan beban tanggungan mereka untuk sehari dua.

pernah terjadi kes, orang menyamar jadi pengemis jalanan sebab maybe diorang fikir itu saja jalan terbaik nak cari duit. tapi then kantoi. kejadian ni jangan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Kita pun masih waras dan masih mampu fikir mana yang betul mana yang salah. Tak baik kita tuduh melulu. Perhatikan dulu baru kita tahu situasi sebenar.

#touching lepas tengok dua tiga post org kat Facebook pasal tlg menolong ni.

Saturday, April 5, 2014

bangkit.

Hey.

before that, Ale-ale lok lah haha.. gik semangat tok even Sarawak kalah 1-3 ngan Terengganu tek.
sorry lah for those yang sik faham apa dicerita kamek tok. okay lah kesian orang lain tak fhm nanti.

Kalah menang tu memang adat pertandingan. Tak selalunya kita berada di atas dan tak selamanya kita berada dibawah. Usaha mesti ada. Kita jangan jadi mcm lalang yang senang ditiup angin sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Jangan masa nama dah naik saja kita sokong, bila kecundang diam menyepi.  As for me, no matter what happen in our life ka apa ka in everything lah we need to bangkit.

Salah satu cara untuk bangkit is dengan sokongan moral dari orang sekeliling kita. Kalau tiada roda kehidupan kita tak akan dpt tahu posisi kita sebenar, perangai kita sebenar.  Jangan mudah lupa diri.  sebab kita semua masih hidup bernafas udara yang sama di bumi yang sama.

for just now punya kes, memang dah langgar pun peraturan kampus, so terima je la nasihat dari pihak yang sepatutnya.  first time juga so just nasihat and nama direkod untuk rujukan masa hadapan.  Kalau memang salah sendiri dan memang ternyata itu salah kita dah memang tak boleh disangkal lagi baik mengaku saja. Tak guna kita nak tegakkan benang yang dah basah. ikut procedure. senang cerita, dua-dua pihak tak susah.

i have some words for someone, i hope you read this.
You are my inspiration to study well selama tok, I respect you. No matter what happen in your life, you must get up and always look forward. Always do the best. Tak kisah lah apa orang nak kata soal you. You have done the best for everything. I know you have tried your best.  No matter what happen i always on your side. You have me. :) don't worry. Take care.

Friday, April 4, 2014

perkataan.

Hye there, my paper left one more to go. That is Accounting subject, which i hate the most but slowly i fall in love with the numbers. Haha. Funny right you hate one thing first at the end of the day you end up fall in it.

So here today, i wanna share something that each of us know about it.

It’s about Sincerity.

Lemme ask you first, do we really need to tell others about how deep our sincerity?

Is it necessary?

Sedih tengok perpecahan dalam persahabatan bila soal keikhlasan timbul.

Aku tak mengatakan yang baik. Aku manusia ada silap dan salahnya dalam satu hari, tak sempurna. Kekurangan itu perkara biasa jangan kita sedih dengan kekurangan dalam diri kita tapi tetap lah berusaha, dan kelebihan yang ada pada diri kita pula jangan sampai membuat kita bongkak, riak, takbur hingga lupa diri.

Percakapan kita juga perlu jaga, aku tak kata yang aku ni bagus dalam berkata-kata. Setahu aku, i’m bad in that. Really bad. Some of them might kecik hati dengan perangai serta words yang keluar dari mulut aku. Bak kata aku tadi, kita tak sempurna.

This, bila kita dah berbalah bergaduh bertikam lidah sesame kawan,  mula la nak ungkit pasal apa yang dah dilakukan, mula la nak kata yang itu tak dihargai. Mula la perumpamaan “habis madu sepah dibuang” agak lali dah aku dengar. Like seriously. Mengungkit?? Buruk benar perangai mengungkit.

Kata ikhlas tapi mengungkit. Jelas kelihatan tahap keikhlasan di situ. Bukan aku nak mengata. Perkara ni lama dah aku lalui, boleh dikatakan dalam sehari ada la dua tiga hal mcm ni terjadi.
Kawan bukan selalu ada di kala kita memerlukan mereka. Lepas tu mula la keluar ayat masa susah cari kita masa senang kita dilupakan.

In this life we have our own commitment kan? So ingat dalam otak ni, kita kena consider dengan orang lain, they also have their own commitment and they need their privacy time and quality time ka to spend with their family, boyfriend or girlfriend and so on.


Kawan yang baik tak akan membalas walau seteruk mana pun mereka diperlakukan.

Friday, March 28, 2014

Fear.

Hello, since i'll be graduating soon. I must do the best for this final exam.

Well i'm wrote this cause i just realize about it.

Fear or takut..

Dulu my favorite crita genre seram, misteri and so on. But after my ayah angkat passed away, perasaan takut kerap muncul. And it's really disturbing me. Takut.

Bnyak benda ya g ditakut. Takut darah -- muntah kalau tengok darah. Seriously loya tekak.

Mungkin sebab aku takut kehilangan itu perasaan itu kerap muncul.

Susah nak sayang org sebenarnya sbb ketakutan menguasai jiwa.

Berdoa je agar org tersyg tak meninggalkan kita.

Tapi mati itu pasti.

Wednesday, March 5, 2014

Berkorban demi...

Kita terkadang terlalu leka dengan hiburan hingga lupa apa yang akan terjadi di hari esok. Hari ini kita gembira bergelak ketawa, hari esok masih lagi misteri.

Kita terkadang terlalu baran hingga orang lain terasa dengan sikap kita. Baran yang terlepas ibarat ringan sedikit beban ditanggung, tpi pernah tak kita tersedar yang perlakuan kita itu telah menyakitkan hati orang lain?

Aku telah menyakitkan hati mereka, mereka itu tergolong dari ramai orang hingga aku sendiri tidak ingat siapa yang telah aku sakiti.
Mereka telah bertimbang rasa selama beberapa tahun ini dan mungkin kali ini aku harus korbankan keperluan ku demi memenuhi keperluan orang lain.

Jujur di sini, apa yang aku coretkan di sini tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Maaf andai ada yang terasa. Aku pun manusia buat kesilapan tak pernah henti titik noktahnya.

Muhasabah diri. Aku perlukan sokongan. Jangan dilemahkan semangatku. Jangan biarkan hati ini berbelah bahagi.

Friday, February 28, 2014

Kerinduan.

Aku semakin melangkah ke fasa lain, semakin menghampiri alam pekerjaan, cepat atau lambat aku tak tahu bila aku akan dapat kerja.

Aku macam biasa hari-hari log in facebook, ada la terbaca satu kisah yang di share oleh one of my friends.

kisah tentang kerinduan si Bapa kepada si anaknya yang tidak mengendahkannya dan kini si Bapa telah meninggal selama-lamanya.

sebak!. itu memang.

sedih. ya memang sedih..

aku terfikir, flashback balik apa yang diperkatakan si Bapa kepada si anaknya itu ada benarnya, dan boleh dikatakan terjadi kat semua remaja.

kita nak handphone, kita mintak kat Ibu Bapa kita, mereka bagi.

kita mintak bank-in duit untuk belanja, diorang bank-in.

dikatakan semua kehendak seorang anak ini ibu bapa memang akan tunaikan. Ibu bapa mana yang nak tengok anak dia dalam kesusahan bukan?

aku terasa juga sebab aku semakin jarang bertanya khabar ibu di rumah, bertanya khabar adik di rumah, pelajarannya.  aku anak sulung. aku rasa aku dah patut laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak sulung dalam keluarga.  sampai bila aku nak susahkan ibu? sampai bila aku nak minta duit ibu? sampai bila?
aku tahu semua di dunia ini pinjaman semata-mata dan tak kekal selamanya. aku takut aku tak sempat..

terbit rasa penyesalan di dalam hati, tapi penyesalan ini tak kekal lama, kenapa boleh macam ni?

aku rasa aku perlu ubah diri aku, kenal diri aku, aku jujur katakan aku semakin jauh dari agama aku sendiri aku dah jarang buat ibadah, hati aku seolah-olah kering, kosong. seolah lagu tak berirama.

aku perlu buat sesuatu sebelum terlambat.  Aku Harus juga buat sesuatu untuk pulihkan segalanya.

Aku dibuai rasa kerinduan yang amat sangat. jauh di lubuk hati, rindu yang terbenam timbul secara tiba-tiba. rindu yang hilang.

Tuesday, February 18, 2014

satu hari dua hari

satu hari dua hari,

berhari-hari makan hati akhirnya terubat

dari satu hari boleh jadi dua hari

dari dua hari boleh jadi selama-lamanya

perasaan dipendam tak terluah, tapi jelas kelihatan.

tiada keberanian bukan pengecut,

cuma takut kehilangan sekali lagi

tapi jujur berhari-hari ku ingat kamu.

gurauan kita ibarat bermain di minda.

kau tak pernah lari keluar dari kotak minda

fenomena apa kah ini?

kau misteri, aku tertanya..

kenapa aku tertarik dgn diri kau yang sangat mister?

gila mungkin?

tak tahu apa jawapan nya

mungkin akan terluah suatu hari nanti

aku akan tetap menunggu.


Thursday, February 6, 2014

BULAN

Hey, kinda awkward a bit kan? Lama tak update entry.

Kebelakangan ini sangat lah busy mengalahkan menteri besar negeri. Almaklumlah pelajar semester terakhir.  Banyak assignment nak kena siapkan minggu ni, quiz and test memang lumrah kalau dah nak akhir sem ni.  Tinggal sebulan lebih je lagi kalau tak silap nak final exam.

Masuk semester terakhir ni memang tak lari dari masalah, dari semester 1-5 ada saja masalah dihadapi, nasib baik tak teruk sangat. Well manusia mana yang dpt lari dari membuat kesilapan. Kita semua masing-masing ada kelemahan tersendiri.  Salah faham yang sikit tu kadang-kadang membuat kita sedar akan sikap kita sendiri.  Aku jujur katakan kat sini aku tak dapat nak menilai diri aku sendiri sebab aku tak tau apa yang aku buat kadang-kadang tu boleh sakitkan hati orang walaupun aku tak ada niat.

Dah tengah sem macam skrg ni memang ramai yang bertanya dah beli ke belom number pin untuk apply degree and muet? aku belom beli lagi.  Ramai juga kawan yang dah apply degree.  Aku niat nak sambung belajar tu masih ada tapi aku takut impian aku terhalang buat kali kedua.  Aku tak nak pisang berbuah dua kali.  Tapi aku dah tekad nak mohon juga sambung belajar tu.

Bulan kita tengok mcm dekat je kan time bulan penuh. Nampak bulat  dan cantik je.  Tapi hakikatnya bulan itu tersangat lah jauh dari kita.  Nak capai pun tak boleh kalau tak pergi ke ruang angkasa.

lama dah tak update serious awkward gila. dah tak tahu mana intro mana ending ni. 


hidup ini penuh dengan kejutan.
maaf entri tiada tujuan