Kerinduan.

Aku semakin melangkah ke fasa lain, semakin menghampiri alam pekerjaan, cepat atau lambat aku tak tahu bila aku akan dapat kerja.

Aku macam biasa hari-hari log in facebook, ada la terbaca satu kisah yang di share oleh one of my friends.

kisah tentang kerinduan si Bapa kepada si anaknya yang tidak mengendahkannya dan kini si Bapa telah meninggal selama-lamanya.

sebak!. itu memang.

sedih. ya memang sedih..

aku terfikir, flashback balik apa yang diperkatakan si Bapa kepada si anaknya itu ada benarnya, dan boleh dikatakan terjadi kat semua remaja.

kita nak handphone, kita mintak kat Ibu Bapa kita, mereka bagi.

kita mintak bank-in duit untuk belanja, diorang bank-in.

dikatakan semua kehendak seorang anak ini ibu bapa memang akan tunaikan. Ibu bapa mana yang nak tengok anak dia dalam kesusahan bukan?

aku terasa juga sebab aku semakin jarang bertanya khabar ibu di rumah, bertanya khabar adik di rumah, pelajarannya.  aku anak sulung. aku rasa aku dah patut laksanakan tanggungjawab aku sebagai anak sulung dalam keluarga.  sampai bila aku nak susahkan ibu? sampai bila aku nak minta duit ibu? sampai bila?
aku tahu semua di dunia ini pinjaman semata-mata dan tak kekal selamanya. aku takut aku tak sempat..

terbit rasa penyesalan di dalam hati, tapi penyesalan ini tak kekal lama, kenapa boleh macam ni?

aku rasa aku perlu ubah diri aku, kenal diri aku, aku jujur katakan aku semakin jauh dari agama aku sendiri aku dah jarang buat ibadah, hati aku seolah-olah kering, kosong. seolah lagu tak berirama.

aku perlu buat sesuatu sebelum terlambat.  Aku Harus juga buat sesuatu untuk pulihkan segalanya.

Aku dibuai rasa kerinduan yang amat sangat. jauh di lubuk hati, rindu yang terbenam timbul secara tiba-tiba. rindu yang hilang.

satu hari dua hari

satu hari dua hari,

berhari-hari makan hati akhirnya terubat

dari satu hari boleh jadi dua hari

dari dua hari boleh jadi selama-lamanya

perasaan dipendam tak terluah, tapi jelas kelihatan.

tiada keberanian bukan pengecut,

cuma takut kehilangan sekali lagi

tapi jujur berhari-hari ku ingat kamu.

gurauan kita ibarat bermain di minda.

kau tak pernah lari keluar dari kotak minda

fenomena apa kah ini?

kau misteri, aku tertanya..

kenapa aku tertarik dgn diri kau yang sangat mister?

gila mungkin?

tak tahu apa jawapan nya

mungkin akan terluah suatu hari nanti

aku akan tetap menunggu.


BULAN

Hey, kinda awkward a bit kan? Lama tak update entry.

Kebelakangan ini sangat lah busy mengalahkan menteri besar negeri. Almaklumlah pelajar semester terakhir.  Banyak assignment nak kena siapkan minggu ni, quiz and test memang lumrah kalau dah nak akhir sem ni.  Tinggal sebulan lebih je lagi kalau tak silap nak final exam.

Masuk semester terakhir ni memang tak lari dari masalah, dari semester 1-5 ada saja masalah dihadapi, nasib baik tak teruk sangat. Well manusia mana yang dpt lari dari membuat kesilapan. Kita semua masing-masing ada kelemahan tersendiri.  Salah faham yang sikit tu kadang-kadang membuat kita sedar akan sikap kita sendiri.  Aku jujur katakan kat sini aku tak dapat nak menilai diri aku sendiri sebab aku tak tau apa yang aku buat kadang-kadang tu boleh sakitkan hati orang walaupun aku tak ada niat.

Dah tengah sem macam skrg ni memang ramai yang bertanya dah beli ke belom number pin untuk apply degree and muet? aku belom beli lagi.  Ramai juga kawan yang dah apply degree.  Aku niat nak sambung belajar tu masih ada tapi aku takut impian aku terhalang buat kali kedua.  Aku tak nak pisang berbuah dua kali.  Tapi aku dah tekad nak mohon juga sambung belajar tu.

Bulan kita tengok mcm dekat je kan time bulan penuh. Nampak bulat  dan cantik je.  Tapi hakikatnya bulan itu tersangat lah jauh dari kita.  Nak capai pun tak boleh kalau tak pergi ke ruang angkasa.

lama dah tak update serious awkward gila. dah tak tahu mana intro mana ending ni. 


hidup ini penuh dengan kejutan.
maaf entri tiada tujuan

#satu

Assalamualaikum readers (bagi je salam walaupun takada orang baca, atleast nampak beradab sikit.) Ternyata jarang sekali aku menarikan jar...