Thursday, January 29, 2015

anti Tauge

hello,

tahu tak apa itu Tauge?  ape?? Tauke?? bukan Tauke, sayur tauge la.

aku tak suka makan sayur tauge. Serious! bau dia buat aku tak suka. Tambah lagi aku sakit perut lepas makan sayur tauge. Sama juga dengan bubur kacang hijau.. konfirm duduk dalam tandas la jawabnya.

tadi, dinner dgn kengkawan. Tengok menu ada Mee Sup. tergerak hati nak order. sebelum order tu aku tanya dulu kat pekerja situ, dalam mee sup ada apa?

dah dapat kepastian tak ada sayur tauge, baru proceed order. HAHAHA

sebab tu aku tak suka order mee goreng kat kedai, konfirm ada sayur tauge. Kenapa harus ada sayur tauge? kenapa dan kenapa?? letak la sayur lain ke, even aku tak makan sayur. tapi kalau tak letak sayur lagi aku suka. KAHKAHKAH!

paling pelik lah bila aku order nasi goreng ada campur sayur tauge.

aku tak tipu. first time aku makan nasi goreng ada sayur.  aku order nasi goreng sardin kalau tak silap masa tu. Tauge je banyak, sardin nye mana? memang kecewa gila kut. nak kene asingkan tauge dah sekian lamanya.

pokoknya, aku benci sayur tauge. memang dah tahap ANTI dah. serius tak suka.


hye, tauge its me. I don't like you! hahaha

Monday, January 26, 2015

duit yang hilang

hello,

Nak cerita ni, tadi aku pergi withdraw duit kat ATM.. ada la keluarkan 4 keping camtu terus masukkan dalam purse.  Then masa otw balik tu singgah kat satu kedai jap..nak top up RM10. Tapi takde duit pecah so ambik la sekeping duit tu tadi jadi tinggal la 3 keping kan.  Masuk je dalam kereta aku bukak purse nak simpan duit baki tadi dan aku rasa pelik sebab duit yg aku withdraw tadi tinggal dua keping je lagi. Cari punya cari tak jugak jumpa-jumpa. No choice kawan pun suggest pergi cari kat bank tadi.

So, pergi la kami cari balik kat bank tadi cari-cari tepi2 jalan mana tau tercicir ke. Tapi tak juga jumpa-jumpa. ok masa tu aku dah give up, pasrah je lah dengan duit tu. nak buat macam mana kalau benda dah jadi kan. nak tercicir ke hilang ke kita tak tau. Tapi kawan aku berusaha lagi cari. Dia suruh cari dalam kereta. aku pun cari-cari tak jugak jumpa-jumpa smpai bawah seat aku cari. Then kawan aku pun cari juga bawah seat.

Tiba-tiba..


tu dia... haaa jumpa pun.. rupanya tercicir kat bawah seat. nasib baik tercicir dalam kereta kalau kat tepi jalan tadi kan orang lain untung kalau tjumpa.


kalau betul-betul hilang tadi menangis tak berair mata la aku.


moral of the story:  hati-hati kalau nak keluarkan duit. jgn careless.


oh ya, esok aku ada interview. wish me luck.



ok bye tu je nak share haha.

Thursday, January 15, 2015

nampak cerah sikit...

hello uolls,

hari ni nak cerita pasal produk skincare je.. produk skincare yg aku pernah pakai hingga yang latest ni..

Dulu aku pernah try macam-macam jenis skincare. Bunyi dulu tu macam dah lama sangat kan? Hahaha, ok macam ni masa aku kecil-kecil dulu aku suka barang-barang make-up, sikit sikit nak make-up gedik kan.. hahaha....paling suka la gincu dulu.. mak aku punya, aku selalu curi-curi guna. Ye la masa kecil-kecil dulu suka sgt bibir merah bak delima. Tapi bila dah besar ni bibir belah atas Nampak gelap..arghhh bencinyaa...

eh lain pula dah.. ok berbalik kepada skincare yg aku pernah pakai dulu aku pernah pakai Fair and lovely, Shurah, eversoft aku guna pencuci muka je. Start form 4 aku masuk sekolah asrama, masa tu aku dah start mengedik guna produk lengkap siap ada toner, kirm malam krim siang lah...aku guna produk Safi Balqis sekali dengan losyen badan. Aku terikut cakap kawan aku sebab dulu dia gelap juga, then dia pakai safi dia cerah sikit dia kata. Aku pun nak jugak cerah sebab kulit tgn dan muka aku gelap sbb bnyak exposed dekat cahaya matahari. Tapi aku pakai macam tak de kesan. Aku pakai Fair & Lovely balik..


masuk je UiTM aku terpengaruh lagi dengan kawan aku, dia lelaki tapi dia pakai produk Tabita.. dia kata kakak dia ada jual, then dia suruh aku try untuk trial set. Dia kata sebab aku kawan dia kakak dia boleh bagi diskaun. Ada la dalam RM100 lebih macam tu aku tak ingat, gila la kan produk tu, pakai j mmg flawless muka kawan aku tu dah la putih lagi kulit dia flawless siapa tak cemburu lagi-lagi dia lelaki. Kalah kulit aku kau tau. So aku pakai la dalam masa sebulan macam tu.

Dua minggu pertama pakai tu mmg kulit mengelupas teruk, muka pun panas je. Kawan aku ckp mmg macam tu permulaan dia nak buang sel kulit mati kita. Ok aku teruskan juga la pakai, sampai la satu hari tu aku bangun pagi tengok muka aku timbul ruam merah, red spot kat area pipi dengan leher... aku dah mengelabah. Nasib baik masa tu hujung minggu, tapi problem pulak ptg tu ada perjumpaan kemas prop untuk konsert santai seni sebelah malam tu, kawan aku mmg dok bertanya apesal dgn muka aku, aku pun bgi alasan sebab panas kut, tapi mmg betul la cuaca masa tu panas gila..the next day terus hilang red spot tu.


Tabita aku pakai sampai habis, rugi kut beli tak pakai habis. Lepas tu aku mmg tukar produk terus. Tak pakai lagi Tabita. Lepas aku pakai tabita mmg kulit aku sangat sensitive.. aku tak ingat aku pakai produk apa dalam masa dua tiga minggu tu.. then muncul pulak produk mcm terlajak laris pun ada masa tu sbb ramai yg pakai muka Nampak flawless and putih... produk Collagen Plus Vit E.. masa aku beli produk tu masih mahal rm30 mcm tu tapi skrg rm15 je lagi.. well aku pun terpegun dengan hasil produk tu. Siap kawan-kawan cakap muka aku berseri-seri macam seri pengantin pun ada. Aku pu tersipu-sipu malu kat situ. Memang cerah la muka aku masa tu. Dah sebulan aku guna produk tu jerawat mula muncul seperti pertama kali pakai produk tu.. aku ingat produk tu mmg mcm tu..jerawat dia bukan kecik tau.. tapi besar dah tu banyak pulak tu.. terus aku stop pakai produk tu... aku guna. Dan masa tu mmg kecoh pasal produk tu tak bagus... stop je aku pakai produk tu terus muka aku kembali kusam.. kawan-kawan pun perasan muka aku gelap balik...aku stop pakai mana-mana produk masa tu cuci muka guna air je.. krim pun tak pakai.. pergi kelas muka teruk macam tu.



Then final sem aku kat UiTM aku g la shopping-shopping dgn kawan-kawan. Aku pergi farmasi jual produk kecantikan.. aku try produk dari Taiwan.. ZA cosmetic.. serious aku suka tengok botol dia simple je design aku guna yg utk whitening punya... aku beli satu set RM200 habis...perempuan kan sanggup je bila untuk kecantikan. Tapi aku pakai produk tu tak lama... aku pakai ada la sebulan mcm tu je.. tu pun tak habis..membazir je aku beli.. aku stop kulit aku tak dpt terima produk tu.. mungkin banyak sangat bahan kimia dlam tu... mmg muka ada Nampak cerah.. tapi kulit aku makin nipis.. pernah sekali aku lap guna tuala muka aku boleh terluka sendiri sebab bergesel dgn tuala.. kesan dia macam terbakar je kulit aku..


shopping uolls.. sape tak happy kannn hahaha..


Terus aku stop guna mana-mana produk sampai la kawan aku suggest produk safi gamat. Ok safi gamat mmg berkesan... sebab sepanjang aku guna safi gamat mmg muka aku lembap je... jerawat kecil-kecil pun makin hilang.. jerawat hormone tu mmg timbul la setiap bulan.. dah dua tiga bulan aku guna safi gamat. Aku pun terfikir aku nak juga kulit cerah..

So on 1st June 2014 aku start guna Safi Fair Beauty sampai la sekarang.. kalau di kira dah setengah tahun aku guna produk ni.. dan keyakinan aku makin bertambah dengan produk ini.  Jadi berdasarkan pengalaman aku, tak semestinya produk mahal tu bagus untuk kulit kita. Dan tak semestinya produk murah ni tak bagus. Tengok produk safi fair ni ok je setakat ni..muka pun cerah dari dulu.. walaupun mengambil masa yang lama. Aku lagi suka produk yg simple.. tak banyak songeh.. mcm safi fair ada cleanser dgn krim pencerah je... pergi travelling tak susah nak bawak banyak...




p/s: maaf aku malas nak letak gambar muka aku. Jgn kata aku tipu pulak.. tapi aku tulis ni smua berdasarkan pengalaman aku dgn produk-produk ni semua. Nak cantik kena la minum air lapan gelas sehari. Untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. Maaf entri ni agak panjang.

another start

Happy New Year 2015!!

Wow, time flies so fast. Rasa macam baru semalam 2014 tup tup hari ni dah 2015. 2014 dah berlalu a new book to begin our chapter 1 and page 1. Mostly ramai yang akan fikir soal azam tahun baru, but end up azam tu terkandas macam tu je. So let us make it easy lah kan jangan azam tinggi sangat. For me my 2015 resolution is i just want to be happy. 

Hopefully this 2015 will bring more laughters, joyfullness, happiness, prosperity, good health and memorable moment to be remember.


2014 is the most tough year for all Malaysian and all of us know what happen within 2014 kan? Industri penerbangan mengalami pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang 2014. Natural disaster pun teruk 2014. And my thoughts and prayer are for them all.


A moment of silence for remembering the souls that departed from this world and may they rest in peace.

-----------------------------------------------

nahhh its already 14 days in 2015.. baru sekarang nak ucap happy new year.. so those words above entry yang tak terpublish that day disebabkan internet slow.

so here's the original post that i just type just now.

well 2015 is just a new year and some of us might be doing new routine or some of us might doing the same thing over again as the past year. hahaha well thats me...

last year i decided to work out a lot in this 2015, so i found the basic work out plan, and i just start it on Monday but yesterday i didn't do it cause i was busy going here and there doing something. i hope i will manage to maintain this work out plan and will diligently do it.

so last week i guess kalau tak silap la, my cat, Momo, kencing atas tilam and i was really pissed off with Momo.. but as a tiny creature and super duper cute I maafkan je la kucing tu.


life is about making mistakes kan? none of us perfect as human being. and please don't be Mr. and Miss perfectionist. But we can change. dengan syarat..


don't ever change for anybody. change for your self.. for your benefits.
that's all...



#p/s: actually aku tengah job hunting ni, dah lama sangat duduk kat rumah ni, susah pulak nak cari kerja zaman sekarang...