#satu

Assalamualaikum readers (bagi je salam walaupun takada orang baca, atleast nampak beradab sikit.)

Ternyata jarang sekali aku menarikan jari jemari ku diatas keyboard untuk berada di layar blog ku ini. Agak sepi dunia blog sekarang, malah aku pun turut menyepi. Walhal dulu pantang ada masa lapang ada saja topik untuk diblogkan. Mungkin dek kerana usia yang semakin meningkat, pemilihan topik pun menjadi terhad akibat otak sudah block.

Sepanjang aku menyepi dari dunia blogging, aku banyak mengenali erti kehidupan. Seperti kata-kata seseorang yang telah menjadi sejarah dalam hidup aku, "kau belum kenal dunia, mari aku persembahkan dunia untuk kau." durjana! sungguh jangan kita percaya dengan kata-kata semanis madu, kerana ianya boleh memberikan pahit bak hempedu dalam hidup. btw yang lepas usah lah dikenang-kenang dan jadikan ianya sebagai pengajaran. Tak penting untuk dikongsikan buat semua, cukup untuk dijadikan pengajaran buat diri sendiri.

Alhamdulillah kehidupan sekarang lebih ringan sikit beban perasaan namun bukan beban tanggungan. Tanggungjawab masih perlu dilaksanakan untuk selesaikan mana-mana yang patut. 

Semoga dimurahkan lah rezeki kita semua.
Amin.

Hidayah itu milik Allah

Assalamualaikum,

mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku bagi salam tetiba.

tersangat lama tidak menarikan jari jemari di papan kekunci ini. Zaman kegemilangan blogger nampaknya sudah jatuh. Tidak seperti tahun aku mula menjinak-jinakkan diri dengan blog.
tidak apa, biasa lah tu, setiap perkara pasti ada naik turun nya kecuali umur, kalau dah naik memang tak kan turun punya.

untuk pengetahuan semua, aku, Jenylia Pa-un telah pun memeluk agama Islam pada tanggal 4 April 2017 yang lalu. Aku mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Islam Bahagian Sibu.
agak ramai yang terkejut dengan keputusan aku. Ada yang ragu-ragu dengan keputusan yang aku buat. ada yang ingat aku dah nak bernikah. tapi sangkaan mereka semua tidak tepat. tak pandai sungguh meneka. hahahaha

semua urusan aku pada hari tersebut berjalan dengan lancar, pada hari pertama aku memeluk agama islam, ramai rakan-rakan serta keluarga yang memberikan kata-kata tahniah dan kata-kata semangat untuk aku. aku bersyukur sangat-sangat.

entri selanjutnya aku akan share macam mana dan bagaimana ye.

ni saja dulu..

....

Hai,

lamanya..

berhabuk sungguh..

aku rindu ini.

bye.

#satu

Assalamualaikum readers (bagi je salam walaupun takada orang baca, atleast nampak beradab sikit.) Ternyata jarang sekali aku menarikan jar...